Jumaat, 16 Januari 2009

SUMAYYAH





sumayyah
Dalam diri selembut sutera
Kau memiliki iman yang teguh
Kau nyalakan obor agama dirimu bak lentera
Di belenggu jahiliah kau tempuh dengan berani
Walaupun jasadmu milik tuan
Tetapi hatimu milik tuhan
Padang pasir menjadi saksi
Ketabahan keluarga itu
Tika suami dan anak dibaringkan megadap mentari
Disuruh memilih iman dan kekufuran
Samar jahiliah atau sinaran akidah
Sabarlah keluarga yasin
Bagimu syurga disana
Dan kau tega memilih syurga
Walaupun terpaksa mengorban nyawa
Lalu tombak yang tajam menikam
Jasadmu yang tidak bermaya
Namun iman didadamu sedikit tidak berubah
Darahmu menjadi sumbu pelita iman
Sumayyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut
Menghayun buaian
Mengoncang dunia mencipta sejarah
Sumayyah kau dibunuh di dunia sementara
Untuk hidup disyurga yang selama-lamanya
Kaulah wanita terbaik sebaik manusia
Namamu tetap menjadi sejarah..

Tiada ulasan: